Latar belakang Kemelut politik Kedah 2020

Pilihan raya umum Malaysia ke-14 (2018)

Pada 9 Mei 2018, PH telah memenangi 18 daripada 36 kerusi negeri yang dipertandingkan dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018. Daripada 18 kerusi tersebut, PKR menang 8 kerusi, Bersatu menang 5 kerusi, Parti Amanah Negara (Amanah) menang 3 kerusi dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) menang 2 kerusi. Di pihak lawan pula, turut menang 18 kerusi apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menang kerusi terbanyak iaitu 15 kerusi mankala Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) hanya menang 3 kerusi. Keadaan seimbang antara PH dan gabungan PAS dan BN menjadikan DUN Kedah tergantung[2].

Kedudukan ADUN Kedah selepas 9 Mei 2018
PHPASBN
PKRBersatuAmanahDAPUMNO
8532153

Pelantikan menteri besar dan perubahan komposisi parti (2018)

Pada 11 Mei 2018, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari Bersatu telah dipilih menjadi Menteri Besar mewakili PH yang telah membuktikan mempunyai sokongan terbanyak selepas PAS dan UMNO tidak menyatakan kepastian untuk bergabung[3]. Kedudukan PH bertambah kukuh apabila ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail dari UMNO keluar parti dan diisytiharkan sebagai ADUN Bebas oleh Speaker DUN, Datuk Ahmad Kassim sebaik sidang DUN Kedah bermula sebelum sesi soalan lisan berlangsung pagi 12 November 2018[4]. Dr Ku Abdul Rahman kemudiannya disahkan menyertai Bersatu pada 6 Disember 2018[5].

Kedudukan ADUN Kedah semasa 6 Disember 2018
KerajaanPembangkang
PHPASBN
PKRBersatuAmanahDAPUMNO
8632152

Pergolakan gabungan dalam Pakatan Harapan (2020)

Presiden Bersatu telah mengumumkan parti tersebut keluar daripada gabungan PH. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dalam mesyuarat khas yang diadakan 23 Februari 2020. Semua Ahli Dewan Rakyat daripada Bersatu turut keluar daripada PH. Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara[6].Walau bagaimanapun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertindak bercanggah daripada tindakan PH dan mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kedah kekal seperti biasa dengan mewujudkan kepimpinan kerajaan negeri yang berstatus "PH dan Bersatu"[7].

Kedudukan ADUN Kedah semasa 27 Februari 2020
KerajaanPembangkang
PHBersatuPASBN
PKRAmanahDAPUMNO
8326152

Rujukan

WikiPedia: Kemelut politik Kedah 2020 http://www.astroawani.com/berita-politik/pentadbir... https://www.malaysiakini.com/news/424324 https://www.malaysiakini.com/news/451717 https://www.malaysiakini.com/news/454977 https://www.malaysiakini.com/news/513136 https://www.malaysiakini.com/news/525280 https://www.malaysiakini.com/news/525493 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05...